Siapa yang tidak mahu cantik? Hampir semua wanita inginkan kulit cerah, mulus dan bebas jerawat. Jika ada produk kecantikan dan kosmetik yang memberi kesan, saya akan segera mendapatkannya. Saya mengakui teruja dengan paparan testimoni di laman sosial yang berubah penampilan selepas menggunakan sesuatu produk. Saya di antara individu yang terpedaya dengan lambakan iklan produk kecantikan di pasaran. Dalam masa sama saya mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat dengan parut kehitaman. Saya ternampak satu page di facebook dengan tertera nama “Springhill Clinic” dan ternampak satu posting antaranya bahan kimia boleh menjejaskan kesuburan. Saya telah membuka laman web untuk membuat temujanji. Saya berjumpa dengan Dr Suganthee dan menceritakan masalah yang saya hadapi memandangkan saya telah merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat. Doktor telah menasihati saya supaya melakukan ujian hormon melalui ujian darah dan juga ultrasound. Keesokannya, saya mendapatkan keputusan ujian darah saya. Melalui ujian ultrasound dan ujian darah saya didapati menghidapi PCOS (polycystic ovarian syndrome) iaitu telur tidak matang dan ketidakseimbangan hormon. Doktor telah menerangkan cara mengatasi masalah tersebut dengan melalui cara pemakanan dan cara mengatasi keseimbangan hormon. Doktor juga telah membantu saya menghilangkan jerawat dan parut kehitaman dengan memberikan supplement dan skincare. Saya telah mencuba selama beberapa bulan dan jerawat saya mulai kurang tambahan PCOS saya juga dapat dirawat dengan cara yang telah di ajar oleh doktor. Saya sangat berterima kasih kepada Dr Suganthee kerana telah membantu saya. Saya sangat mencadangkan orang ramai yang mempunyai masalah seperti saya ataupun masalah berkaitan gynae boleh berjumpa dengan Dr Suganthee memandangkan harga yang sangat ‘REASONABLE’ dan mempunyai ‘RESERVED PARKING’ menyenangkan ramai pesakit untuk berjumpa dengannya.