Saya telah pergi ke Springhill Clinic dan sangat recommended kepada semua! Saya seorang pelajar dan berumur 20 tahun. Saya telah membuat rawatan ultrasound payudara apabila saya merasakan sesuatu berlainan di payudara. Dr Suganthee menasihati saya untuk membuat ultrasound payudara dan keputusan mendapati saya mempunyai fibroadenoma di payudara. Doktor berasa curiga dan telah membantu saya untuk refer kepada tempat yang mempunyai mammogram. Saya tidak percaya dengan usia semuda saya, keputusan saya mendapati kanser payudara. Saya berterima kasih kepada springhill clinic kerana membantu saya untuk membuat temujanji doktor di medical centre. Saya juga berterima kasih kepada doktor suganthee kerana menjelaskan bahawa seusia muda boleh mendapat risiko kanser payudara. Dengan nasihat doktor saya segera melakukan! Sekarang saya masih dalam rawatan. Terima kasih Dr Suganthee & team.