Hi, Saya wanita berusia 40-an. Saya bekerja di bawah terik matahari, disebabkan itu muka saya penuh jeragat dan hampir 3 tahun bertapak dimuka. Keyakinan saya semakin menurun untuk berjumpa dengan orang ramai. Saya telah mencuba pelbagai rawatan seperti laser, produk yang dijual di internet mahupun pasaran tetapi tidak juga berkesan. Saya telah bercerita kepada kawan saya tentang masalah yang dihadapi saya. Kawan saya telah mengesyorkan saya pergi berjumpa dengan doktor yang dikenalinya. Saya terus menghubungi Springhill Clinic di TTDI untuk membuat temujanji pada hari tersebut. Nasib menyebelahi saya apabila ada satu slot kosong untuk saya berjumpa dengan doktor. Dr Suganthee telah menerangkan tentang bagaimana jeragat itu boleh terjadi antara punca adalah terdedah kepada sinaran cahaya UV, perubahan pada hormon, faktor usia dan lain-lain lagi. Doktor memberitahu bahawa jeragat kena matikan akar dari dalam baru boleh hilang. Alhamdulillah, doktor telah memberikan saya supplement dan juga skincare. Saya telah cuba selama 3 bulan. Dalam masa 1 bulan sudah nampak kesan. Sehingga kini, Springhill Clinic menjadi tempat rawatan saya. Terima Kasih Dr suganthee!